Malaysia legislation
Section 13
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) 2021
Seksyen 13
(1)
Jika suatu kesilapan dibuat dalam apa-apa notis elektronik oleh pengguna berdaftar di bawah peraturan ini, pengguna berdaftar itu hendaklah membetulkannya melalui perkhidmatan elektronik dalam suatu tempoh masa yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), Ketua Pengarah boleh mengarahkan atau membenarkan seorang pengguna berdaftar untuk membetulkan apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar itu di bawah peraturan ini mengikut apa-apa cara dan dalam masa yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
P.U. (A) 153 12
(3)
Ketua Pengarah boleh, bagi maksud perkhidmatan elektronik, meluluskan penggunaan apa-apa lambang, kod, singkatan atau tatatanda untuk mewakili apa-apa butir atau maklumat yang dikehendaki di bawah Akta.
(4)
Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar itu kepada Ketua Pengarah di bawah Akta yang tidak mematuhi apa-apa kehendak Bahagian ini, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai kastam yang diberi kuasa oleh Ketua
Pengarah, boleh menyampaikan suatu notis kepada pengguna berdaftar itu yang menunjukkan ketidakpatuhan kehendak itu, dan notis elektronik yang dihantar oleh pengguna berdaftar itu hendaklah tidak boleh disifatkan telah dibuat dan dihantar kepada
Ketua Pengarah oleh pengguna berdaftar itu.
Penamatan penyediaan perkhidmatan elektronik kepada pengguna berdaftar