Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) (PINDAAN) 2023

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Cukai Pelancongan (Pemberi Perkhidmatan Platform

Digital) 2021 [P.U. (A) 153/2021], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam

Peraturan-Peraturan ini, dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian II bahagian yang berikut:

“BAHAGIAN IIA

INVOIS ATAU RESIT

Butir-butir dalam invois atau resit 4A.

Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital yang mengeluarkan suatu invois atau resit berhubung dengan premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian kepada pelancong hendaklah menyatakan ke atasnya butir-butir yang berikut:

(a)

nombor siri invois atau resit;

(b)

tarikh invois atau resit;

P.U. (A) 56 3

(c)

nama, alamat dan nombor pendaftaran pemberi perkhidmatan platform digital itu; dan

(d)

bilangan penginapan dan malam bagi setiap penginapan yang disediakan.”.

Pindaan peraturan 5

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) (PINDAAN) 2023