Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) (PINDAAN) 2023

Seksyen 5

Pindaan peraturan 15

Peraturan 15 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

“(3)

Walau apa pun subperaturan (2), bagi maksud penerimaan penyata dan pembayaran cukai pelancongan atau penalti yang kena dibayar, jika hari terakhir yang dinyatakan di bawah subseksyen 20I (1) Akta jatuh pada hari kelepasan mingguan Persekutuan atau hari kelepasan am Persekutuan di Malaysia atau di negara yang orang berdaftar asing itu ditubuhkan, maka hari terakhir untuk menerima penyata dan pembayaran cukai pelancongan atau penalti yang kena dibayar itu adalah pada hari kelepasan mingguan

Persekutuan atau hari kelepasan am Persekutuan di Malaysia atau di negara yang pemberi perkhidmatan platform digital itu berada.”.

Dibuat 28 Februari 2023

[MOF.TAX (S) 700-1/3/17; PN(PU2)745/JLD. 3]

ANWAR BIN IBRAHIM

Menteri Kewangan

P.U. (A) 56 5

TOURISM TAX ACT 2017

TOURISM TAX (DIGITAL PLATFORM SERVICE PROVIDER) (AMENDMENT)

REGULATIONS 2023

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) (PINDAAN) 2023