Seksyen 2
Pindaan peraturan 15
of Peraturan-Peraturan Cukai Pelancongan (Pemberi Perkhidmatan Platform Digital) (Pindaan) 2026
Peraturan-Peraturan Cukai Pelancongan (Pemberi Perkhidmatan Platform
Digital) 2021 [P.U. (A) 153/2021] dipinda dengan menggantikan peraturan 15 dengan peraturan yang berikut:
“Waktu bagi pengemukaan penyata dan pembayaran 15.
(1)
Mana-mana penyata dan pembayaran cukai pelancongan atau penalti yang kena dibayar melalui perkhidmatan elektronik boleh diterima pada bila-bila masa kecuali apabila perkhidmatan elektronik itu sedang disenggara.
(2)
Bagi maksud menentukan masa penerimaan penyata dan pembayaran cukai pelancongan atau penalti yang kena dibayar di bawah subperaturan (1), masa standard Malaysia (UTC/GMT + 8 jam) hendaklah terpakai.
(3)
Jika hari terakhir penerimaan penyata dan pembayaran cukai pelancongan atau penalti yang kena dibayar di bawah seksyen 20I Akta jatuh pada—
P.U. (A) 309 3
(a)
hari kelepasan mingguan Persekutuan di Malaysia;
(b)
hari kelepasan am Persekutuan di Malaysia;
(c)
hari kelepasan mingguan di negara yang orang berdaftar asing itu ditubuhkan; atau
(d)
hari kelepasan am di negara yang orang berdaftar asing itu ditubuhkan, hari terakhir untuk menerima penyata dan pembayaran cukai pelancongan atau penalti yang kena dibayar itu adalah pada hari sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b), (c) atau (d).”.
Dibuat 27 Ogos 2026
[MOF.700-1/3/17 JLD.5 (S); KE.HF(152)899/07 JLD.2(5); PN(PU2)745/JLD.3]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
P.U. (A) 309 4
TOURISM TAX ACT 2017
TOURISM TAX (DIGITAL PLATFORM SERVICE PROVIDER)
(AMENDMENT) REGULATIONS 2026