Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (PENSEKURITIAN BERSANDARKAN ASET) 2014

Seksyen 7

Walau apa pun peraturan 5 dan 6, dalam hal keadaan suatu perniagaan pembangunan hartanah, jika apa-apa stok dagangan berkenaan dengan perniagaan itu

P.U. (A) 170 8

dilupuskan oleh pemula menurut suatu transaksi pensekuritian dan pemula itu mempunyai opsyen panggilan untuk membeli balik stok dagangan itu—

(a)

hasil atau keuntungan daripada pelupusan stok dagangan itu hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar pemula; dan

(b)

kerugian daripada pelupusan stok dagangan itu hendaklah dibenarkan sebagai potongan dalam menentukan pendapatan larasan pemula, daripada perniagaan itu dalam mana-mana tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang opsyen panggilan itu luput.

Formula di bawah standard atau amalan perakaunan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (PENSEKURITIAN BERSANDARKAN ASET) 2014