Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (KETETAPAN KASTAM) 2018
Seksyen 2
(1)
Permohonan bagi suatu ketetapan kastam hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan disertakan dengan fi pemprosesan sebanyak dua ratus ringgit.
(2)
Ketua Pengarah boleh secara bertulis, pada bila-bila masa selepas penerimaan permohonan bagi suatu ketetapan kastam, menghendaki pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subperaturan (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan.
P.U. (A) 211 3
(4)
Tanpa menjejaskan subperaturan (3), pemohon boleh membuat suatu permohonan baharu bagi suatu ketetapan kastam kepada Ketua Pengarah dan kehendak di bawah subperaturan (1) hendaklah terpakai.
Analisis oleh mana-mana pihak yang ditentukan oleh Ketua Pengarah