Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (KETETAPAN KASTAM) 2018
Seksyen 3
Jika Ketua Pengarah, apabila menerima—
(a)
suatu borang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama yang dilengkapkan dengan sewajarnya;
(b)
fi pemprosesan yang dinyatakan dalam subperaturan 2(1); dan
(c)
apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah di bawah subperaturan 2(2), berpendapat bahawa suatu analisis dikehendaki untuk dijalankan sebelum suatu ketetapan kastam dibuat, Ketua Pengarah hendaklah merujuk perkara itu kepada mana-mana orang atau badan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan apa-apa fi yang dilakukan bagi maksud analisis itu hendaklah ditanggung oleh pemohon.
Pengeluaran ketetapan kastam