Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PERKHIDMATAN DIGITAL) 2019
Seksyen 12
Penggunaan perkhidmatan elektronik
(1)
Ketua Pengarah boleh memberikan kepada mana-mana orang—
(a)
suatu kod pengesahan; dan
(b)
suatu akaun dengan perkhidmatan elektronik, untuk menggunakan perkhidmatan elektronik yang disediakan di bawah seksyen 87 Akta tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
(2)
Mana-mana orang yang diberikan oleh Ketua
Pengarah suatu kod pengesahan di bawah subperaturan (1) hendaklah menjadi seorang pengguna berdaftar dan dia—
(a)
hendaklah mengaku terima penerimaan kod pengesahan itu;
(b)
hendaklah memastikan kod pengesahannya dirahsiakan; dan
(c)
tidak boleh mendedahkan kod pengesahannya kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa.
10
(3)
Suatu notis elektronik yang dibuat dan dihantar di bawah Akta oleh seorang pengguna berdaftar hendaklah disifatkan telah memenuhi kehendak bagi pemfailan, pengemukaan atau penyerahan jika notis itu dihantar kepada Ketua Pengarah dengan cara sebagaimana yang ditentukan di bawah Bahagian ini.
Cara menggunakan perkhidmatan elektronik