Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PERKHIDMATAN DIGITAL) 2019

Seksyen 14

(1)

Jika suatu kesilapan dibuat dalam apa-apa notis elektronik oleh pengguna berdaftar di bawah peraturan ini, pengguna berdaftar itu hendaklah membetulkannya melalui perkhidmatan elektronik dalam suatu tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), Ketua Pengarah boleh mengarahkan atau membenarkan seorang pengguna berdaftar untuk membetulkan apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar itu di bawah peraturan ini mengikut apa-apa cara dan dalam masa sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(3)

Ketua Pengarah boleh, bagi maksud perkhidmatan elektronik, meluluskan penggunaan apa-apa lambang, kod, singkatan atau tatatanda untuk mewakili apa-apa butir atau maklumat yang dikehendaki di bawah Akta.

(4)

Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar itu kepada Ketua Pengarah di bawah Akta yang tidak mematuhi apa-apa kehendak

Bahagian ini, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah, boleh menyampaikan suatu notis kepada pengguna berdaftar itu yang menunjukkan ketidakpatuhan kehendak itu, dan notis elektronik yang dihantar oleh pengguna berdaftar itu hendaklah tidak boleh disifatkan telah dibuat dan dihantar kepada Ketua Pengarah oleh pengguna berdaftar itu.

Penamatan penyediaan perkhidmatan elektronik kepada pengguna berdaftar

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PERKHIDMATAN DIGITAL) 2019