Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PERKHIDMATAN DIGITAL) 2019

Seksyen 16

(1)

Bagi maksud penerimaan penyata dan pembayaran cukai perkhidmatan atau penalti yang kena dibayar melalui perbankan elektronik, waktu biasa hendaklah dari 7.30 pagi hingga 11.30 malam waktu standard Malaysia (UTC/GMT + 8 jam)

pada mana-mana hari dalam minggu itu.

(2)

Jika mana-mana penyata dan pembayaran cukai perkhidmatan atau penalti yang kena dibayar diterima di luar waktu biasa, waktu penerimaan penyata dan pembayaran cukai perkhidmatan atau penalti yang kena dibayar tersebut hendaklah dianggap telah diterima pada hari yang berikutnya.

Penalti am

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PERKHIDMATAN DIGITAL) 2019