Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PERKHIDMATAN DIGITAL) (PINDAAN) 2020

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan

Cukai

Perkhidmatan

(Perkhidmatan

Digital)

2019

[P.U. (A) 269/2019] dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian II bahagian yang berikut:

“BAHAGIAN IIA

PERKHIDMATAN DIGITAL YANG DISEDIAKAN OLEH ORANG BERDAFTAR ASING

Perkhidmatan digital yang disediakan kepada kumpulan syarikat 5A.

(1)

Jika suatu syarikat yang merupakan orang berdaftar asing memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada mana-mana syarikat di Malaysia dalam kumpulan syarikat yang sama dengan orang berdaftar asing itu, perkhidmatan digital itu tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), jika orang berdaftar asing memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada mana-mana orang di Malaysia di luar kumpulan syarikat orang berdaftar asing itu, perkhidmatan digital yang sama yang diberikan kepada mana-mana orang atau syarikat di Malaysia di luar

P.U. (A) 150 3

atau di dalam kumpulan syarikat orang berdaftar asing itu hendaklah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

(3)

Dalam Peraturan-Peraturan ini, bagi maksud menentukan bahawa syarikat penerima perkhidmatan digital itu berada dalam kumpulan syarikat yang sama dengan orang berdaftar asing itu, prinsip-prinsip yang relevan yang disebut dalam perenggan 4, 5, 6 dan 7 Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Cukai

Perkhidmatan 2018 [P.U. (A) 214/2018] hendaklah terpakai.”.

Dibuat 13 Mei 2020

[MOF.TAX(S)700-1/2/27; PN(PU2)752/IV]

TENGKU DATO’ SRI ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

P.U. (A) 150 4

SERVICE TAX ACT 2018

SERVICE TAX (DIGITAL SERVICE) (AMENDMENT) REGULATIONS 2020

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PERKHIDMATAN DIGITAL) (PINDAAN) 2020