Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PERKHIDMATAN DIGITAL) (PINDAAN) (NO. 2) 2020
Seksyen 5
Peraturan baharu 6A
peraturan yang berikut:
P.U. (A) 419 3
“Pengeluaran nota kredit dan nota debit 6A. (1)
Orang berdaftar asing yang memberikan apa-apa perkhidmatan digital hendaklah mengeluarkan suatu nota kredit atau nota debit jika, selepas penyata bagi perkhidmatan digital itu telah dikemukakan kepada
Ketua Pengarah, terdapat pengurangan, atau tambahan kepada, amaun cukai perkhidmatan yang telah dikenakan ke atas perkhidmatan digital itu—
(a)
disebabkan perubahan pada kadar cukai perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah seksyen 10 Akta; atau
(b)
disebabkan apa-apa pelarasan dalam penjalanan perniagaan.
(2)
Jika terdapat pengurangan, atau tambahan kepada, amaun cukai perkhidmatan di bawah subperaturan (1)—
(a)
orang berdaftar asing yang memberikan perkhidmatan digital hendaklah membuat pengurangan atau penambahan cukai perkhidmatan dalam penyata bagi tempoh bercukai yang nota kredit atau nota debit itu dikeluarkan atau diterima; atau
(b)
dalam hal orang berdaftar asing yang telah berhenti menjadi orang berdaftar asing, orang berdaftar asing itu hendaklah membuat pengurangan atau penambahan cukai perkhidmatan dalam penyata bagi tempoh bercukai terakhir semasa dia berdaftar.
(3)
Nota kredit atau nota debit yang dikeluarkan hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
(a)
perkataan “nota kredit” atau “nota debit” di tempat yang mudah dilihat;
P.U. (A) 419 4
(b)
nombor siri nota kredit atau nota debit;
(c)
tarikh nota kredit atau nota debit dikeluarkan;
(d)
nombor pendaftaran orang berdaftar asing;
(e)
sebab nota kredit atau nota debit dikeluarkan;
(f)
suatu perihalan yang mencukupi untuk mengenal pasti perkhidmatan digital yang diberikan;
(g)
kuantiti dan amaun bagi setiap perkhidmatan digital yang diberikan;
(h)
jumlah amaun tidak termasuk cukai perkhidmatan;
(i)
kadar dan amaun cukai perkhidmatan; dan
(j)
nombor dan tarikh invois atau dokumen yang dikeluarkan bagi perkhidmatan digital.
(4)
Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan.”.
Pindaan peraturan 10 6.
Peraturan 10 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“atau subseksyen 34(6)” dengan perkataan “, subseksyen 34(6)
atau 40(3)”; dan
(b)
dengan menggantikan subperaturan
(1)
dengan subperaturan yang berikut:
“(1)
Mana-mana orang yang layak untuk menuntut pembayaran balik di bawah perenggan 38(1)(a), subseksyen 34(6)
atau 40(3) Akta hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah dalam bentuk dan cara yang ditentukan olehnya.”.
P.U. (A) 419 5
Dibuat 31 Disember 2020
[KE.HF.(152)899/03(1); PN(PU2)752/IV]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 419 6
SERVICE TAX ACT 2018
SERVICE TAX (DIGITAL SERVICES) (AMENDMENT) (NO. 2) REGULATIONS 2020