Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 [P.U. (A) 52/1975] dipinda dalam Jadual Kedua dalam Kumpulan G di bawah tajuk “Perkhidmatan Yang Kena

Dibayar Cukai” dengan menggantikan butiran “q.” dengan butiran yang berikut:

“q.

Penyediaan kereta sewa dan pandu atau kereta sewa dengan atau tanpa pemandu di Semenanjung Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta

Pengangkutan Awam Darat 2010 dan di bawah Akta Lembaga Pelesenan

Kenderaan Perdagangan 1987 bagi Sabah dan Sarawak tidak termasuk penyediaan kereta sewa dan pandu yang ditakrifkan di bawah Akta

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 yang dikendalikan oleh pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah Akta Industri

Pelancongan 1992.”.

Dibuat 11 Julai 2012

[5 SULIT KE.HT(96)667/01 S.K. 36; Perb.0.9060/18 JLD29(SK.1); PN(PU2)268/IV]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 244 3

SERVICE TAX ACT 1975

SERVICE TAX (AMENDMENT) REGULATIONS 2012

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012