Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian III bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IIIA
PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKHIDMATAN BERCUKAI
YANG BAGINYA PEMBAYARAN DIBUAT KEPADA MESIN ATAU ALAT YANG
DIKENDALIKAN DENGAN SYILING, DSB
Nilai perkhidmatan bercukai jika pembayaran dibuat kepada mesin atau alat yang dikendalikan oleh syiling, dsb 6A.
Jika apa-apa perkhidmatan bercukai diberikan oleh orang kena cukai dan
3
pembayaran bagi perkhidmatan itu dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, nilai perkhidmatan bercukai itu hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
100
___________
X
A
100 + B iaitu
A ialah jumlah syiling, token atau seumpamanya yang dipungut daripada mesin atau alat itu;
B ialah kadar cukai perkhidmatan yang ditetapkan di bawah seksyen 10 Akta.