Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 [P.U. (A) 214/2018], yang disebut
“Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 11
dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:
“(3A) Walau apa pun subperaturan (3), Ketua Pengarah boleh, atas permintaan secara bertulis oleh mana-mana orang berdaftar dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah, membenarkan apa-apa butir yang dinyatakan di bawah subperaturan (3) tidak dinyatakan dalam nota kredit atau nota debit yang dikeluarkan oleh orang berdaftar itu.”.