Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2023

Seksyen 4

Peraturan 16 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subperaturan

(1)

dengan subperaturan yang berikut:

“(1)

Pembayaran cukai perkhidmatan berkenaan dengan apa-apa penyata yang dibuat di bawah seksyen 26 Akta, perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen 26A Akta, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta hendaklah dibuat melalui perbankan elektronik atau dalam apa-apa cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.”;

(b)

dengan memotong subperaturan (2) dan (3); dan

(c)

dalam subperaturan (4), dengan menggantikan perenggan (a) dan (b)

dengan perenggan yang berikut:

“(a) jika pembayaran itu dibuat melalui perbankan elektronik, amaun itu hendaklah disifatkan tidak diterima sehingga amaun tersebut dimasukkan pada kredit Ketua Pengarah;

atau

(b)

jika pembayaran itu dibuat dalam apa-apa cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, amaun itu hendaklah disifatkan tidak diterima walau apa pun apa-apa resit diberikan sehingga amaun tersebut telah dibayar sewajarnya kepada Ketua Pengarah.”.

P.U. (A) 150 4

Pindaan Jadual Pertama

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2023