Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 [P.U. (A) 214/2018] dipinda dalam Jadual Pertama—
(a)
dalam Kumpulan A, dalam ruang (2), dalam butiran (c), dengan menggantikan perkataan
“premis penginapan” dengan perkataan
“kawasan atau tempat perniagaan di bawah kawalan penyedia perkhidmatan”;
(b)
dalam Kumpulan B, dalam ruang (2), dalam butiran (c), dengan menggantikan perkataan “establismen” dengan perkataan “kawasan atau tempat perniagaan di bawah kawalan penyedia perkhidmatan”;
(c)
dalam Kumpulan C—
(i)
dalam kepala, dengan memasukkan selepas perkataan “KABARET,”
perkataan “PUSAT KARAOKE,”;
(ii)
dalam ruang (1), berhubung dengan butiran 1—
P.U. (A) 62 3
dalam subbutiran (c), dengan memotong perkataan “atau”
di hujung subbutiran itu;
dalam subbutiran (d), dengan menggantikan noktah di hujung subbutiran itu dengan perkataan “; atau”; dan dengan memasukkan selepas subbutiran (d) subbutiran yang berikut:
“(e)
mana-mana pusat karaoke”; dan
(iii)
dalam ruang (2), dengan menggantikan subbutiran (a) dengan subbutiran yang berikut:
“(a)
Penyediaan semua jenis perkhidmatan”;
(d)
dalam Kumpulan E, dalam ruang (2), dalam subbutiran (d), dengan menggantikan subsubbutiran (vi) dengan subsubbutiran yang berikut:
“(vi)
makanan, minuman beralkohol dan tidak beralkohol”;
(e)
dalam Kumpulan G—
(i)
dalam kepala, dengan memasukkan selepas perkataan
“PROFESIONAL” perkataan “ATAU KEMAHIRAN”;
(ii)
dalam ruang (1), dengan memasukkan selepas butiran 12 butiran yang berikut:
“13.
Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan”;
P.U. (A) 62 4
(iii)
dalam ruang (2)—
dalam subsubbutiran (g)(ii), dengan memotong perkataan
“, latihan atau tunjuk ajar”;
dengan memotong subsubbutiran (i)(iv) dan (v);
dalam subsubbutiran
(i)
, dengan menggantikan perkataan “pengangkutan, pelancongan atau logistik”
dengan perkataan “pengangkutan awam, atau pelancongan”; dan dengan memasukkan selepas subbutiran (m) sebagaimana yang dipotong subbutiran yang berikut:
“(n)
Penyediaan apa-apa perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan termasuk pengurusan penyenggaraan, penyenggaraan pembetulan, penyenggaraan pencegahan, penentukuran, penyesuaian, pemulihan semula, susun semula atau baik pulih kecuali—
(i)
perkhidmatan pengurusan penyenggaraan berkaitan dengan tanah atau bangunan bagi kegunaan kediaman yang disediakan oleh mana-mana pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau persatuan kediaman; atau
(ii)
perkhidmatan pembaikan bagi bangunan kediaman”;
P.U. (A) 62 5
(f)
dalam Kumpulan I—
(i)
dalam ruang (1)—
dengan memotong butiran 3;
dengan memotong butiran 6; dan dalam butiran 12, dengan menggantikan perkataan “dan”
dengan perkataan “atau”;
(ii)
dalam ruang (2)—
berhubung dengan butiran 2, dalam subbutiran (a), dengan memasukkan selepas perkataan “perkhidmatan lain”
perkataan “termasuk perkhidmatan digital”;
berhubung dengan butiran 3, dengan memotong butir-butir yang berhubungan dengannya;
berhubung dengan butiran 6, dengan memotong butir-butir yang berhubungan dengannya; dan berhubung dengan butiran 12, dengan menggantikan subbutiran “Penyediaan perkhidmatan yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan bagi penggunaan atau penyediaan pembrokeran dan penajajaminan” dengan subbutiran yang berikut:
“Penyediaan perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan kecuali penyediaan perkhidmatan yang berikut:
P.U. (A) 62 6
(a)
perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan berkaitan dengan insurans perubatan atau takaful perubatan yang ditanggung oleh seseorang individu;
(b)
perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan berkaitan dengan polisi insurans nyawa atau sijil takaful keluarga yang ditanggung oleh seseorang individu; atau
(c)
perkhidmatan pembrokeran atau penajajaminan berkaitan dengan barang, tanah atau apa-apa perkara lain di luar Malaysia”;
(iii)
dalam ruang (3)—
berhubung dengan butiran 3, dengan memotong butir-butir yang berhubungan dengannya; dan berhubung dengan butiran 6, dengan memotong butir-butir yang berhubungan dengannya; dan
(g)
dengan memasukkan selepas Kumpulan I kumpulan yang berikut:
“KUMPULAN J: PERKHIDMATAN LOGISTIK
(1)
Orang kena cukai
(2)
Perkhidmatan bercukai
(3)
Jumlah nilai perkhidmatan bercukai