Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 [P.U. (A) 214/2018] dipinda dalam Jadual Pertama—

(a)

dalam perenggan 3, dengan menggantikan perkataan “(i) atau (l)” dengan perkataan “(i), (l) atau (n)”;

(b)

dalam perenggan 3A, dengan menggantikan perkataan “(i) atau (l)” dengan perkataan “(i), (l) atau (n)”;

(c)

dalam Kumpulan C, dalam ruang (1), berhubung dengan butiran 2—

(i)

dalam subbutiran (c), dengan menggantikan noktah di hujung subbutiran itu dengan koma bernoktah; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas subbutiran

(c)

subbutiran yang berikut:

P.U. (A) 354 3

“(d)

mana-mana premis atau kemudahan jagaan kesihatan yang diuruskan atau dikendalikan oleh pengamal berdaftar di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016

[Akta 775] yang mengamal perubatan tradisional dan komplimentari dalam suatu bidang amalan diiktiraf”;

(d)

dalam Kumpulan E, dalam ruang (2), dalam subsubbutiran (d)(vi), dengan memotong perkataan “makanan,”;

(e)

dalam Kumpulan G, dalam ruang (2), berhubung dengan subbutiran (n), dengan menggantikan subsubbutiran

(ii)

dengan subsubbutiran yang berikut:

“(ii)

perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan bagi barang atau kelengkapan yang dipasang pada struktur rumah kediaman dan perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan itu disediakan secara terus kepada pemilik atau penghuni rumah kediaman”;

dan

(f)

dalam Kumpulan I, dalam ruang (1), dalam subbutiran 7(b), dengan menggantikan perkataan “dan” dengan perkataan “atau”.

Dibuat 21 November 2024

[MOF.TAX(S)700-1/2/27 JLD.4; KE.HF(152)899/03 JLD.2 (22); PN(PU2)752/JLD.6]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

P.U. (A) 354 4

SERVICE TAX ACT 2018

SERVICE TAX (AMENDMENT) (NO. 2) REGULATIONS 2024

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024