Malaysia legislation
Section 112
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 112
(2)
Tertakluk kepada perintah Komisioner Jeneral, Pegawai yang Menjaga hendaklah-
(a)
bertanggungjawab bagi pengurusan yang baik tempat tahanan yang baginya dia dilantik; dan
(b)
bertanggungjawab kepada Komisioner Jeneral bagi−
(i)
kelakuan pegawai penjara dan orang tahanan di bawah kawalannya;
(ii)
semua undang-undang bertulis, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan perintah berhubungan dengan tempat tahanan atau orang tahanan hendaklah dipatuhi sewajarnya oleh orang tahanan dan pegawai penjara;
P.U. (A) 188 54
(iii)
melaporkan kepada Komisioner Jeneral dengan segera apa-apa kejadian pelanggaran atau pengabaian tugas oleh seorang pegawai penjara atau orang tahanan;
(iv)
melaporkan segala kelarian, penyebaran penyakit atau apa-apa kejadian keadaan luar biasa; dan
(v)
menyimpan suatu jurnal yang di dalamnya hendaklah direkodkan semua perkara penting yang berhubungan dengan tempat tahanan atau orang tahanan, dan perkara yang Komisioner Jeneral arahkan untuk disimpan suatu rekod oleh Peraturan-Peraturan ini.
Penyenggaraan rekod