Seksyen 115
Pegawai yang Menjaga−
of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012
P.U. (A)In forceProvision 115 of 171
Seksyen 115
(a)
hendaklah memastikan bahawa orang tahanan yang mempunyai aduan atau permohonan untuk dibuat dibenarkan membuatnya;
(b)
hendaklah memastikan bahawa arahan pegawai perubatan dilaksanakan;
dan
(c)
hendaklah memberikan perhatian khas kepada orang tahanan yang berada di hospital atau yang sedang menjalani hukuman kerana kesalahan tempat tahanan.