Skip to content

Seksyen 12

Perekodan butiran

of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 12 of 171
Seksyen 12

(1)

Apabila diterima masuk ke dalam tempat tahanan, orang tahanan hendaklah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7].

(2)

Cap jari orang tahanan tersebut hendaklah diambil dan perihalan yang dibuat dalam borang yang sesuai hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Penjenayah di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969.