Skip to content

Seksyen 120

Pengesyoran oleh pegawai perubatan

of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 120 of 171
Seksyen 120

(1)

Pegawai yang Menjaga hendaklah setakat yang praktik melaksanakan apa-apa syor bertulis yang dibuat oleh pegawai perubatan atas alasan kesihatan, bagi pengubahan tatatertib atau rawatan mana-mana orang tahanan, atau bagi pengasingannya daripada orang tahanan lain.

(2)

Pegawai yang Menjaga hendaklah merujuk mana-mana orang tahanan yang sakit termasuklah gangguan mental bagi rawatan.