Malaysia legislation
Section 121
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 121
(1)
Pegawai yang Menjaga hendaklah, tanpa kelengahan, melaporkan kepada
Komisioner Jeneral mana-mana kes yang pegawai perubatan berpandangan bahawa keadaan mental orang tahanan terjejas atau lemah dengan penerusan tahanan, atau nyawa orang tahanan boleh terancam dengan penahanan lanjut, atau mana-mana orang tahanan sakit tidak boleh menjalani hukumannya, atau tidak sesuai secara keseluruhan atau secara kekal bagi menjalani tatatertib tempat tahanan.
(2)
Apabila menerima laporan daripada pegawai perubatan bahawa mana-mana orang tahanan –
(a)
menghidapi penyakit yang akut;
P.U. (A) 188 57
(b)
menghidapi penyakit yang mengancam nyawanya dan tahanan lain;
(c)
menghidapi penyakit gangguan mental; atau
(d)
nyanyuk;
Pegawai yang Menjaga boleh membuat pengesyoran kepada Menteri mengenai orang tahanan itu.
(3)
Sekiranya mana-mana orang tahanan didapati mempunyai apa-apa penyakit yang merebak atau berjangkit, atau diserang dengan vermin, suatu laporan hendaklah dikemukakan dengan segera kepada pegawai perubatan yang di bawah arahannya, langkah-langkah hendaklah diambil untuk merawat keadaan itu dan untuk mencegahnya daripada merebak kepada orang tahanan lain.
Kebenaran untuk melihat tempat tahanan