Seksyen 122
Kebenaran untuk melihat tempat tahanan
of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012
Pegawai yang Menjaga tidak boleh membenarkan mana-mana orang untuk melihat tempat tahanan melainkan jika orang itu boleh mengemukakan perintah secara bertulis daripada Menteri atau Komisioner Jeneral yang membenarkannya untuk melihat tempat tahanan.
(2)
Pegawai yang Menjaga hendaklah memastikan bahawa tiada seorang pun yang dibenarkan melihat tempat tahanan itu membuat lakaran atau mengambil gambar atau membuat rakaman melalui rakaman audio visual atau membuat apa-apa komunikasi dengan orang tahanan melainkan jika dibenarkan.
(3)
Pegawai yang Menjaga hendaklah memastikan tiap-tiap pelawat ke tempat tahanan diiringi sepanjang lawatannya itu oleh pegawai penjara.
P.U. (A) 188 58
Buku