Malaysia legislation
Section 123
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 123
Pegawai yang Menjaga hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan−
(a)
suatu Rekod bagi setiap orang tahanan, dengan hukuman, tarikh sabitan dan tarikh hukuman itu tamat, dan nama, umur, ketinggian,berat, tanda-tanda tertentu, perawakan am orang tahanan dan apa-apa butiran lain yang diperlukan;
(b)
suatu buku pembebasan harian, dalam bentuk diari, yang dalamnya
Pegawai yang Menjaga hendaklah mencatatkan, semasa diterima masuk, nama tiap-tiap orang tahanan di bawah tarikh pembebasan yang sepatutnya;
(c)
suatu buku harta benda orang tahanan yang berkenaan yang disimpan dalam bentuk yang diluluskan;
(d)
suatu buku hukuman orang tahanan yang dalamnya hendaklah direkodkan nama tiap-tiap orang tahanan yang dihukum kerana kesalahan tempat tahanan, hukumann yang dikenakan dan nama pegawai yang memerintahkan hukuman itu dan juga perakuan Pegawai perubatan sama ada orang tahanan itu sihat dari segi fizikal untuk menjalani hukuman sebagaimana yang diperintahkan, dan tarikhnya;
(e)
suatu akaun tunai runcit;
(f)
suatu akaun bagi segala penerimaan dan pembayaran;
(g)
suatu buku pelawat, yang mengandungi suatu rekod mengenai semua lawatan ke tempat tahanan itu;
(h)
suatu buku minit bagi Hakim Pelawat;
P.U. (A) 188 59
(i)
suatu buku pelawat rasmi yang mengandungi rekod semua pelawat rasmi ke tempat tahanan itu;
(j)
suatu senarai buku dan dokumen yang diletakkan di bawah jagaannya;
dan
(k)
apa-apa buku atau rekod lain sebagaimana yang Komisioner Jeneral boleh arahkan.
Pemeriksaan bangunan, jentera, dsb.