Malaysia legislation

Section 134

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 134

(1)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan hendaklah melantik beberapa orang pegawai perubatan dan pegawai pergigian

Kerajaan sebagai pegawai perubatan dan pegawai pergigian tempat tahanan sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(2)

Sekiranya hal keadaan tidak membenarkan perlantikan di bawah subperaturan (1) dibuat, maka Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan boleh melantik mana-mana pengamal perubatan berdaftar atau doktor gigi berdaftar sebagai pegawai perubatan atau pegawai pergigian bagi mana-mana tempat tahanan yang tertentu.

Pemeriksaan orang tahanan dan lawatan orang tahanan

Section 134 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012