Malaysia legislation

Section 135

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 135

Pegawai perubatan−

(a)

hendaklah memeriksa tiap-tiap orang tahanan dengan seberapa segera yang boleh selepas diterima masuk dan membuat catatan dalam Rekod kemasukan yang dikehendaki oleh peraturan 18;

P.U. (A) 188 62

(b)

hendaklah memeriksa tiap-tiap orang tahanan sebelum orang tahanan itu dibenarkan menjalani latihan;

(c)

hendaklah memeriksa tiap-tiap orang tahanan sebelum dibebaskan, dipindahkan atau dialihkan;

(d)

hendaklah melawat dengan seberapa kerap yang perlu orang tahanan yang sakit;

(e)

hendaklah, semunasabah mungkin, melawat tiap-tiap kanak-kanak yang menemani tahanan wanita sekerap yang perlu;

(f)

hendaklah melawat tiap-tiap orang tahanan sekali seminggu;

(g)

hendaklah melawat tiap-tiap orang tahanan yang dikenakan pengurungan dalam sel hukuman atas diet terhad yang ditetapkan sekali sehari;

(h)

hendaklah pada masa yang tidak ditetapkan, memeriksa orang tahanan semasa latihan;

(i)

hendaklah melawat orang tahanan yang mengadu sakit;

(j)

hendaklah mengarahkan apa-apa ubah suaian kerja, diet dan hukuman dalam hal-hal tertentu sebagaimana yang difikirkannya perlu; dan

(k)

hendaklah memastikan bahawa berat badan orang tahanan direkodkan dan hendaklah mengkajinya semula secara berkala.

P.U. (A) 188 63

Buku rawatan dan Jurnal

Section 135 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012