Seksyen 138
Kematian orang tahanan
of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012
(1)
Pegawai perubatan hendaklah dengan serta-merta, apabila orang tahanan mati, mencatatkan ke dalam buku rawatan butiran yang berikut:
(a)
Masa dan tarikh penyakit atau kemalangan pertama kali dimaklumi;
(b)
Masa dan tarikh orang tahanan dilaporkan kepadanya;
(c)
Masa dan tarikh orang tahanan dirujuk ke hospital Kerajaan;
(d)
Bila penyakit itu menjadi bahaya;
(e)
Jenis penyakit atau sebab lain kematian; dan
(f)
Masa kematian dan −
(i)
apa-apa catatan khas yang dia dapati perlu; atau
(ii)
keputusan pemeriksaan bedah siasat,sekiranya ada.
P.U. (A) 188 64
(2)
Pegawai perubatan hendaklah melaporkan secara bertulis kepada Pegawai yang Menjaga selepas sahaja tindakan dalam subperaturan (1) diambil.