Malaysia legislation
Section 147
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 147
P.U. (A) 188 66
(1)
Pegawai penjara hendaklah bertanggungjawab bagi jagaan selamat orang tahanan di bawah jagaan mereka, dan bagi maksud ini mereka hendaklah mengira orang tahanan itu−
(a)
apabila menerima tugas menjaga suatu kumpulan;
(b)
apabila menyerahkan tugas menjaga;
(c)
apabila meninggalkan mana-mana bangunan atau kerja; atau
(d)
dalam mana-mana hal keadaan lain yang memerlukan orang tahanan itu dikira.
(2)
Pegawai kanan penjara yang dilantik sebagai Pegawai Bertugas pada setiap hari, hendaklah−
(a)
menyimpan dokumen yang dalamnya hendaklah direkodkan segala perkara mustahak yang berhubung dengan operasi harian tempat tahanan termasuklah−
(i)
bilangan orang tahanan, yang dikira sekurang-kurangnya tiga kali sehari;
(ii)
bahagian mana tempat tahanan itu digeledah dan hasil penggeledahan;
(iii)
butiranmengenai suatu lawatan khas dan nama pegawai yang diarah mengawasinya;
P.U. (A) 188 67
(iv)
butiran mengenai pengiringan keluar orang tahanan dari tempat tahanan;
(v)
waktu membuka dan menutup tempat tahanan yang akhir sekali dan memeriksa kunci; dan
(vi)
apa-apa kejadian luar biasa atau yang penting:
(b)
memastikan penempatan dan pertukaran orang tahanan direkodkan;
(c)
memastikan latihan kemahiran orang tahanan direkodkan;
(d)
memastikan jumlah insentif latihan kemahiran yang diperoleh orang tahanan direkodkan;
(e)
memastikan senjata api, peluru, gari, kunci dan peralatan keselamatan lain diperiksa, dikira dan direkodkan dari semasa ke semasa;
(f)
memastikan waktu membuka dan menutup tempat tahanan dipatuhi;
(g)
memastikan bilangan kunci dan keadaan kunci sempurna pada setiap hari; dan
P.U. (A) 188 68
(h)
memastikan setiap orang tahanan diperiksa dengan rapi apabila dibawa masuk atau keluar dari sel, tempat latihan atau tempat lain dan semua barang yang dilarang hendaklah dirampas.
Penyenggaraan rekod