Malaysia legislation
Section 151
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 151
Tiada seorang pun pegawai penjara atau mana-mana orang yang bekerja di tempat tahanan boleh membuat apa-apa komunikasi yang tidak dibenarkan berkenaan dengan mana-mana tempat tahanan atau orang tahanan kepada mana-mana orang dan tidak boleh, tanpa kebenaran Komisioner Jeneral, membuat komunikasi kepada akhbar awam mengenai maklumat yang didapati daripada punca rasmi atau yang berkaitan dengan tugasnya atau tempat tahanan itu, dan apa-apa komunikasi oleh seorang pegawai tanpa kebenaran, akan dianggap sebagai suatu pecah keyakinan dan akan menyebabkannya boleh dikenakan tindakan tatatertib.