Skip to content

Seksyen 152

Fi, ganjaran, dsb. yang tidak dibenarkan

of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 152 of 171
Seksyen 152

(1)

Tiada seorang pun pegawai penjara boleh menerima apa-apa fi atau ganjaran, atau mempunyai apa-apa urusan wang dengan, atau bagi pihak, mana-mana orang tahanan atau mana-mana pelawat bagi mana-mana orang tahanan.

(2)

Tiada seorang pun pegawai penjara boleh meminjam wang daripada mana-mana orang yang ada kaitan dengan suatu kontrak bagi pembekalan makanan atau barang lain bagi kegunaan mana-mana tempat tahanan.