Malaysia legislation

Section 18

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 18

(1)

Tiap-tiap orang tahanan hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas diterima masuk, diperiksa secara berasingan oleh pegawai perubatan, yang hendaklah mencatatkan dalam Rekod butiran mengenai keadaan kesihatan orang tahanan dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(2)

Tiada seorang pun orang tahanan boleh dihantar untuk latihan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa dia sihat untuk melaksanakan latihan kemahiran itu.

(3)

Pegawai perubatan boleh, dengan kelulusan Pegawai yang Menjaga, pada bila-bila masa mengatur untuk mana-mana orang tahanan menjalani apa-apa ujian perubatan, sebagaimana yang difikirkannya patut.

(4)

Tiap-tiap orang tahanan hendaklah diperiksa oleh pegawai perubatan sebelum dibebaskan, dipindahkan atau dialihkan.

(5)

Pegawai perubatan boleh membuat pengesyoran kepada Pegawai yang

Menjaga mengenai jagaan, penempatan, pengalihan dan pemindahan bagi mana-mana orang tahanan yang memerlukan jagaan khas untuk perubatan.

(6)

Seorang tahanan yang memerlukan rawatan segera atau menghidapi apa-apa penyakit yang berbahaya hendaklah dipindahkan ke hospital kerajaan.

P.U. (A) 188 12

Vaksinasi

Section 18 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012