Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain−

“barang yang dilarang” ertinya apa-apa dadah, wang, tembakau atau arak dan termasuklah apa-apa alat atau barang sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh

Komisioner Jeneral dari semasa ke semasa sebagai barang larangan;

“barang yang tidak dibenarkan” ertinya apa-apa barang yang tidak dibenarkan oleh Komisioner Jeneral dan Pegawai yang Menjaga;

“Hakim Pelawat” ertinya Lembaga Hakim Pelawat yang dilantik di bawah peraturan 108;

P.U. (A) 188 3

“kesalahan besar” ertinya apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang tahanan yang berlawanan dengan tatatertib tempat tahanan sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 79;

“kesalahan kecil” ertinya apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang tahanan yang berlawanan dengan tatatertib tempat tahanan sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 78;

“Komisioner Jeneral” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penjara 1995 [Akta 537];

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Hadiah Pegawai yang ditubuhkan di bawah seksyen 60 Akta Penjara 1995;

“latihan kemahiran” ertinya apa-apa bentuk latihan yang diberikan kepada orang tahanan termasuklah kemahiran vokasional dan apa-apa bentuk latihan lain yang disifatkan sesuai oleh Komisioner Jeneral;

“latihan perusahaan khas” ertinya latihan lain termasuklah usaha sama atau apa-apa bentuk kerja lain bagi maksud meningkatkan peluang dan mendedahkan orang tahanan kepada kemahiran baru;

“Pegawai Bertugas” ertinya mana-mana pegawai kanan penjara yang berpangkat daripada Timbalan Penguasa, Penolong Penguasa, Ketua Inspektor dan Inspektor yang diarahkan sebagai Pegawai Bertugas;

“pegawai pemulihan” termasuklah seorang pegawai penjara dan mana-mana orang yang melaksanakan apa-apa program pemulihan bagi orang tahanan di tempat tahanan;

“pegawai penjara” ertinya kakitangan berpakaian seragam jabatan penjara daripada dan termasuklah pangkat Komisioner Jeneral Penjara hingga ke pangkat yang lebih rendah dan termasuklah seorang Wadar;

P.U. (A) 188 4

“pegawai perubatan” dan “pegawai pergigian” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penjara 1995;

“Pegawai Rendah Penjara” ertinya seorang pegawai penjara daripada apa-apa pangkat dan termasuklah seorang Sub Inspektor Penjara hingga ke pangkat yang lebih rendah dan termasuklah seorang Wadar;

“Pegawai yang Menjaga” ertinya seorang pegawai penjara yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Komisioner Penjara yang menjaga suatu tempat tahanan atau semasa ketiadaannya, seorang pegawai penjara yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Penguasa Penjara;

“penasihat undang-undang” ertinya seorang peguam atau peguam bela dan peguam cara seseorang tahanan;

“pengamal perubatan berdaftar” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penjara 1995;

“perintah tahanan” ertinya suatu perintah yang dibuat oleh Menteri untuk menahan seseorang di bawah subseksyen 6(1) Akta;

“Perintah Tetap” ertinya Perintah Tetap Komisioner Jeneral yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Komisioner Jeneral di bawah peraturan 111;

“Rekod” ertinya suatu Rekod Orang Tahanan di bawah Bahagian III peraturan 10;

“senjata” ertinya apa-apa cota, senjata api, amunisi dan termasuk apa-apa alat sebagaimana yang ditentukan oleh Komisioner Jeneral;

“senjata api” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta

Senjata 1960 [Akta 206];

P.U. (A) 188 5

“Skim” ertinya Skim Insentif di bawah Bahagian VII;

“tahanan muda” ertinya seorang tahanan yang berumur di bawah dua puluh satu tahun;

“tempat latihan” ertinya suatu tempat yang seorang tahanan dikehendaki menjalani latihan oleh Komisioner Jeneral bagi maksud memulihkan orang tahanan, dan latihan itu boleh diselia oleh seorang pegawai penjara.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012