Malaysia legislation

Section 20

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 20

Penyakit yang merebak atau berjangkit

(1)

Sekiranya mana-mana orang tahanan didapati mempunyai apa-apa penyakit yang merebak atau berjangkit, atau diserang dengan vermin, suatu laporan hendaklah dibuat dan dikemukakan dengan serta-merta kepada pegawai perubatan yang di bawah arahannya langkah-langkah hendaklah diambil untuk merawat keadaan itu dan untuk mencegahnya daripada merebak kepada orang tahanan lain.

(2)

Apabila menerima laporan daripada pegawai perubatan bahawa mana-mana orang tahanan itu menghidapi apa-apa penyakit yang merebak atau berjangkit, Pegawai yang Menjaga bolehlah membuat pengesyoran kepada Menteri mengenai penahanan orang tahanan itu.

(3)

Pengesyoran yang dibuat di bawah subperaturan (2) boleh juga dibuat oleh

Pegawai yang Menjaga dalam apa-apa hal jika seorang tahanan –

(a)

menghidapi penyakit yang akut dan berbahaya;

(b)

menghidapi penyakit yang mengancam nyawanya dan orang tahanan lain;

(c)

menghidapi gangguan mental atau tidak sempurna akal ; atau

(d)

terlalu uzur.

Lembaga Penerimaan

Section 20 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012