Malaysia legislation

Section 21

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 21

(1)

Di tiap-tiap tempat tahanan hendaklah ada suatu Lembaga Penerimaan yang terdiri daripada Pegawai yang Menjaga dan mana-mana orang lain sebagaimana yang

Komisioner Jeneral boleh tentukan, yang hendaklah, dengan seberapa segera selepas orang tahanan itu diterima masuk dalam tempat tahanan, menemu ramah tiap-tiap

P.U. (A) 188 13

orang tahanan, dan menetapkan suatu program pemulihan yang sesuai untuk orang tahanan itu.

(2)

Tiap-tiap orang tahanan, apabila diterima masuk, hendaklah diberi penerangan dalam bahasa yang difahaminya tentang peruntukan berhubung dengan tatakelakuan yang perlu dipatuhi dan hukuman bagi ketidakpatuhan tatakelakuan itu di bawah Peraturan-Peraturan ini.

Jagaan semasa pengalihan, dsb.

Section 21 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012