Malaysia legislation
Section 22
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 22
Seorang tahanan yang sedang dialihkan atau dipindahkan dari satu tempat tahanan ke suatu tempat tahanan yang lain hendaklah, semasa berada di luar tempat tahanan itu, diletakkan di bawah jagaan pegawai penjara yang diarahkan untuk menghantarnya dan hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan sah Pegawai yang Menjaga bagi tempat tahanan yang pegawai penjara itu sedang berkhidmat.