Malaysia legislation

Section 45

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 45

P.U. (A) 188 21

(1)

Semua orang termasuklah seorang penasihat undang-undang orang tahanan dan kenderaan yang memasuki atau meninggalkan penjara hendaklah diperiksa dan digeledah, dan mana-mana orang yang disyaki membawa apa-apa barang yang dilarang ke dalam tempat tahanan, atau membawa keluar apa-apa barang yang dilarang atau apa-apa harta kepunyaan tempat tahanan, hendaklah ditahan dan dilaporkan serta-merta kepada Pegawai yang Menjaga.

(2)

Pegawai yang Menjaga boleh enggan untuk menerima masuk ke tempat tahanan seseorang yang tidak rela tubuh badannya, kenderaan dan barang yang dibawa olehnya diperiksa atau digeladah atau yang kelakuannya tidak sesuai dan tidak berpakaian sopan.

(3)

Pegawai yang Menjaga boleh mengarahkan seseorang yang berkelakuan yang mengancam keselamatan atau seseorang yang berkelakuan tidak sopan semasa berada di dalam tempat tahanan untuk keluar daripada tempat tahanan.

Penggunaan buku dan bahan bertulis oleh orang tahanan

Section 45 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012