Malaysia legislation

Section 53

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 53

(1)

Skim hendaklah diklasifikasikan dalam tiga gred seperti berikut:

(a)

Gred A, ialah gred tertinggi bagi orang tahanan yang mahir membuat kerja dan yang kelakuannya cemerlang. Orang tahanan di bawah gred ini layak untuk dibayar insentif tertinggi;

(b)

Gred B, ialah gred pertengahan bagi orang tahanan yang sederhana mahir membuat kerja dan berkelakuan baik. Orang tahanan di dalam gred ini layak dibayar insentif pertengahan;

(c)

Gred C, ialah gred asas bagi semua orang tahanan selain Gred A dan Gred B. Orang tahanan di dalam gred ini layak dibayar insentif asas.

(2)

Kenaikan orang tahanan ke Gred A dan Gred B adalah bergantung kepada kemahiran dan kelakuan.

P.U. (A) 188 24

Penggredan dan kenaikan

Section 53 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012