Malaysia legislation
Section 56
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 56
(1)
Orang tahanan dalam Skim akan dibenarkan untuk membelanjakan pendapatan bulanannya untuk membeli keperluan bagi kegunaannya sendiri dan keluarga sebagaimana yang dibenarkan oleh Komisioner Jeneral.
P.U. (A) 188 25
(2)
Tanpa menjejaskan subperaturan (1) –
(a)
orang tahanan dalam Gred A, Gred B dan Gred C Skim dibenarkan untuk membelanjakan sehingga maksimum dua pertiga daripada jumlah insentif bulanannya untuk membeli keperluan bagi kegunaannya sendiri sebagaimana yang dibenarkan oleh Komisioner Jeneral; dan
(b)
orang tahanan yang menerima insentif khas dibenarkan membelanjakan sebahagian jumlah insentif bulanannya untuk membeli keperluan bagi kegunaannya sendiri pada kadar yang ditetapkan oleh
Komisioner Jeneral dari semasa ke semasa.
(4)
Baki insentif yang tidak dibelanjakan hendaklah dimasukkan ke dalam kredit orang tahanan itu dan jumlah kredit itu hendaklah diserahkan kepadanya apabila dibebaskan.