Malaysia legislation
Section 58
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 58
(1)
Apabila diterima masuk, orang tahanan boleh menulis surat kepada keluarga atau penasihat undang-undang dan menerima satu lawatan.
P.U. (A) 188 26
(2)
Apabila dipindahkan, orang tahanan boleh menulis surat kepada keluarga untuk memaklumkan mengenai perpindahannya.
(3)
Lawatan dan surat hendaklah diberikan mengikut Peringkat seperti berikut:
(a)
Orang tahanan dalam Peringkat Pertama boleh menulis sepucuk surat seminggu sekali dan mendapat satu lawatan empat minggu sekali atau menulis surat tambahan sebagai ganti jika tiada menerima lawatan;
(b)
Orang tahanan dalam Peringkat Kedua boleh menulis surat setiap minggu dan mendapat satu lawatan tiga minggu sekali atau menulis surat tambahan sebagai ganti jika tiada menerima lawatan;
(c)
Orang tahanan dalam Peringkat Ketiga boleh menulis surat setiap minggu dan mendapat satu lawatan dua minggu sekali atau menulis surat tambahan sebagai ganti jika tiada menerima lawatan;
(d)
Orang tahanan dalam Peringkat Keempat boleh menulis sepucuk surat dan mendapat satu lawatan satu minggu sekali atau menulis surat tambahan sebagai ganti jika tiada menerima lawatan.
(4)
Tiada apa-apa lawatan atau perhubungan lain boleh dibenarkan tanpa perintah bertulis dari Pegawai yang Menjaga.
Penangguhan atau penarikan balik surat atau lawatan kerana salah laku