Seksyen 61
Surat khas dan lawatan khas
of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012
P.U. (A)In forceProvision 61 of 171
Seksyen 61
Pegawai yang Menjaga boleh membenarkan mana-mana orang tahanan untuk menulis suatu surat khas atau suatu lawatan khas dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a)
Kematian atau sakit yang teruk saudara-mara yang rapat;
(b)
Urusan perniagaan atau hal ehwal keluarga yang bersifat mendesak; atau
(c)
Perkiraan untuk mendapatkan pekerjaan atau bantuan daripada rakan-rakan apabila dibebaskan.