Malaysia legislation
Section 67
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 67
(1)
Orang tahanan boleh berhubung secara bertulis dengan penasihat undang-undangnya dan mana-mana mahkamah dan komunikasi itu hanya boleh dibuka, dibaca atau ditahan oleh Pegawai yang Menjaga mengikut peruntukan peraturan ini.
(2)
Komunikasi bertulis yang baginya peraturan ini terpakai boleh dibuka sekiranya mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa komunikasi itu mengandungi suatu lampiran haram dan apa-apa lampiran sedemikian hendaklah difailkan dalam Rekod atau dimusnahkan sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Pegawai yang Menjaga.
(3)
Komunikasi bertulis yang baginya peraturan ini terpakai boleh dibuka, dibaca atau ditahan jika Pegawai yang Menjaga mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kandungannya membahayakan keselamatan tempat tahanan atau keselamatan orang lain atau selainnya bersifat jenayah.
(4)
Orang tahanan hendaklah diberi peluang untuk hadir apabila apa-apa komunikasi bertulis yang baginya peraturan ini terpakai dibuka dan hendaklah diberitahu jika komunikasi bertulis itu atau mana-mana lampiran akan dibaca atau ditahan.
(5)
Orang tahanan hendaklah, atas permintaannya, dibekalkan dengan kertas dan segala bahan tulis lain yang perlu bagi maksud subperaturan (1).
(6)
Dalam peraturan ini, “lampiran haram” termasuklah apa-apa artikel yang pemilikannya tidak dibenarkan oleh Peraturan-Peraturan ini dan apa-apa komunikasi bertulis kepada atau daripada seseorang selain orang tahanan yang berkenaan, penasihat undang-undangnya atau mahkamah.
P.U. (A) 188 31
Lawatan oleh penasihat undang-undang