Malaysia legislation
Section 69
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 69
(1)
Dengan pengemukaan suatu perintah daripada Ketua Polis Negara, atau daripada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis, atau daripada Majistret, mana-mana pegawai polis boleh memohon daripada Pegawai yang Menjaga untuk melawat mana-mana orang tahanan di tempat tahanan dengan menyatakan alasan bagi permohonan tersebut.
(2)
Pegawai yang Menjaga boleh mempertimbangkan perjumpaan tersebut dilaksanakan tanpa pendengaran oleh seorang pegawai penjara.
Lawatan dari Pegawai Siasatan