Malaysia legislation

Section 80

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 80

Seorang Pegawai yang Menjaga, atau semasa ketiadaannya, Pegawai Penjara terkanan selepasnya yang telah diberi kuasa oleh Pegawai yang Menjaga boleh menghukum orang tahanan yang didapati bersalah melakukan kesalahan kecil selepas menjalankan siasatan sewajarnya dengan memerintahnya menjalani satu atau lebih daripada hukuman yang berikut:

(a)

Amaran;

(b)

Pengurangan peringkat bagi tempoh yang tidak melebihi dua bulan;

(c)

Penangguhan kenaikan peringkat bagi tempoh yang tidak melebihi dua bulan;

(d)

Pelucuthakan keistimewaan bagi tempoh yang tidak melebihi dua bulan;

(e)

Penyingkiran daripada Skim bagi tempoh yang tidak melebihi tiga bulan;

(f)

Pengurangan gred insentif sehingga suatu masa orang tahanan itu dianggap layak dikembalikan kepada gred asal oleh sebab kelakuan baik dan kemahiran dalam pertukangannya;

(g)

Pengurungan dalam sel hukuman bagi tempoh tidak melebihi dua puluh satu hari; atau

P.U. (A) 188 42

(h)

Pengurungan dalam sel hukuman dengan diet terhad bagi tempoh tidak melebihi dua puluh satu hari.

Hukuman yang diawardkan oleh Pegawai yang Menjaga bagi kesalahan besar

Section 80 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012