Malaysia legislation

Section 81

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 81

Seseorang Pegawai yang Menjaga, atau semasa ketiadaannya, Pegawai Penjara terkanan selepasnya yang telah diberi kuasa oleh Pegawai yang Menjaga boleh menghukum seseorang tahanan selepas menjalankan siasatan sewajarnya yang didapati bersalah melakukan kesalahan besar tempat tahanan dengan memerintahnya menjalani satu amaran atau lebih hukuman yang berikut:

(a)

Teguran;

(b)

Pengurangan peringkat bagi tempoh yang tidak melebihi empat bulan;

(c)

Penangguhan kenaikan peringkat bagi tempoh yang tidak melebihi empat bulan;

(d)

Pelucuthakan keistimewaan bagi tempoh yang tidak melebihi empat bulan;

(e)

Penyingkiran daripada Skim bagi tempoh yang tidak melebihi enam bulan;

(f)

Pengurangan gred pendapatan sehingga suatu masa orang tahanan itu dianggap layak dikembalikan kepada gred asal oleh sebab kelakuan dan kemahiran dalam pertukangannya;

(g)

Pengurungan dalam sel hukuman bagi tempoh tidak melebihi tiga puluh hari; atau

(h)

Pengurungan dalam sel hukuman dengan diet terhad bagi tempoh tidak melebihi tiga puluh hari.

P.U. (A) 188 43

Pemeriksaan perubatan bagi orang tahanan yang diaward hukuman

Section 81 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012