Malaysia legislation

Section 85

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 85

(1)

Orang tahanan yang dihukum kurung dalam sel hukuman tidak boleh berjumpa dengan sesiapa selain pegawai penjara yang menjalankan tugas, guru agama, pegawai pemulihan dan pegawai perubatan.

(2)

Orang tahanan yang dirujuk di bawah subperaturan (1) hendaklah dibenarkan menjalankan aktiviti senaman sebagaimana diperakui oleh pegawai perubatan sebagai perlu bagi kesihatannya.

(3)

Tiap-tiap orang tahanan yang menjalani pengurungan dalam sel hukuman dan pengurungan dalam sel hukuman dengan diet terhad hendaklah dilawati sekurang-kurangnya sekali sehari oleh Pegawai yang Menjaga dan pegawai perubatan.

P.U. (A) 188 44

Pakaian dan kelengkapan tempat tidur bagi orang tahanan yang menjalani hukuman

Section 85 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012