Seksyen 92
Alat belenggu
of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012
(1)
Alat belenggu seperti gari, rantai dan baju pasung tidak boleh sekali-kali digunakan sebagai hukuman atau belenggu kecuali dalam hal keadaan yang berikut:
(a)
Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kelarian;
(b)
Atas alasan perubatan dengan arahan pegawai perubatan;
(c)
Dengan perintah Pegawai yang Menjaga, jika kaedah-kaedah lain gagal, bagi menghalang seseorang tahanan daripada mencederakan dirinya atau orang lain atau daripada memusnahkan harta.
P.U. (A) 188 46
(2)
Corak dan cara penggunaan alat belenggu hendaklah diputuskan oleh
Komisioner Jeneral dan alat itu tidak boleh digunakan bagi apa-apa tempoh masa yang lebih lama daripada yang betul-betul perlu.