Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (MEMBOTOL DAN MEMINDAH LIQUOR YANG MEMABUKKAN) (PINDAAN) 2019

Seksyen 3

Peraturan 4 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:

“Pengilang berlesen hendaklah menyimpan rekod”;

(b)

dengan menomborkan semula peraturan 4 yang sedia ada sebagai subperaturan (1);

P.U. (A) 408 3

(c)

dalam subperaturan (1) yang telah dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah, berhubung dengan premis yang diperihalkan dalam lesen itu, menyimpan suatu buku yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dan mencatitkan butir-butir yang berikut di dalamnya tiap-tiap hari pada masa perniagaan ditutup—” dengan perkataan “Tiap-tiap pengilang berlesen hendaklah menyimpan rekod terkini yang lengkap dan benar semua butir-butir berhubung dengan—”;

(d)

dalam perenggan (1)(i), dengan menggantikan perkataan “pemegang lesen”

dengan perkataan “pengilang berlesen”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

“(2) Rekod yang dinyatakan di bawah subperaturan (1) hendaklah dikemas kini tiap-tiap hari sebelum waktu premis berlesen ditutup dan hendaklah diseimbangkan apabila perniagaan ditutup pada hari akhir tiap-tiap satu bulan kalendar.”.

Pindaan peraturan 5

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (MEMBOTOL DAN MEMINDAH LIQUOR YANG MEMABUKKAN) (PINDAAN) 2019