Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (PENENTUAN NILAI BARANG-BARANG YANG DIKILANGKAN SECARA TEMPATAN BAGI MAKSUD MELEVI DUTI EKSAIS) 2019

Seksyen 4

(1)

Nilai campuran ialah agregat amaun yang bersamaan dengan—

(a)

kos, caj dan perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan—

(i)

bahan-bahan yang digunakan dalam pengilangan barang berduti; dan

(ii)

pengilangan atau apa-apa pemprosesan lain barang berduti yang dikira berdasarkan—

(A)

akaun komersil barang berduti itu; dan

(B)

apa-apa maklumat yang mencukupi yang berhubungan dengan pengilangan atau pemprosesan lain barang berduti itu; dan

(b)

amaun keuntungan dan perbelanjaan am yang dilakukan atau diakaunkan dalam pengilangan dan penjualan barang berduti yang hendaklah dikira berdasarkan maklumat yang mencukupi mengikut prinsip perakaunan yang diterima secara am di Malaysia.

(2)

Kos, caj dan perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (1)(a)

hendaklah termasuk—

(a)

nilai bantuan;

(b)

kos, caj dan perbelanjaan yang dilakukan atau diakaunkan berkenaan dengan kejuruteraan, kerja pembangunan, kerja seni, kerja reka bentuk, pelan dan lakaran, yang disediakan secara

7

langsung atau tidak langsung bagi kegunaan dalam pengilangan dan penjualan barang berduti itu;

(c)

bayaran royalti dan fi lesen yang dilakukan atau diakaunkan termasuk bayaran paten, cap dagangan dan hak cipta berkenaan dengan barang berduti itu, yang dibayar secara langsung atau tidak langsung dalam pengilangan dan penjualan barang berduti itu; dan

(d)

apa-apa kos secara langsung dan tidak langsung yang dilakukan atau diakaunkan dalam pengilangan dan penjualan barang berduti itu mengikut prinsip perakaunan yang diterima secara am di Malaysia.

(3)

Bagi maksud peraturan ini—

(a)

“bantuan” ertinya barang dan perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung atau tidak langsung oleh pembeli secara percuma atau pada suatu kos terkurang untuk kegunaan berkaitan dengan pengilangan atau penjualan barang berduti yang termasuklah—

(i)

bahan, komponen, bahagian dan benda serupa yang digunakan dalam pengilangan barang berduti;

(ii)

alat, dai, acuan dan benda serupa yang digunakan dalam pengilangan barang berduti;

(iii)

bahan yang digunakan dalam pengilangan barang berduti;

(iv)

kejuruteraan, kerja pembangunan, kerja seni, kerja reka bentuk, pelan dan lakaran yang dijalankan dan perlu bagi pengilangan barang berduti; dan 8

(v)

kos, caj dan perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan pembungkusan, karton, bekas dan penutup lain; dan

(b)

“perbelanjaan am” ertinya kos, caj dan perbelanjaan secara langsung atau tidak langsung yang dilakukan atau diakaunkan dalam pengilangan dan penjualan barang berduti selain kos, caj dan perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan subperaturan (2).

Nilai anjal

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (PENENTUAN NILAI BARANG-BARANG YANG DIKILANGKAN SECARA TEMPATAN BAGI MAKSUD MELEVI DUTI EKSAIS) 2019