Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2020

Seksyen 4

(1)

Apabila menerima maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, mana-mana pegawai kanan eksais boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengeluarkan tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua.

3

(2)

Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh

Ketua Pengarah, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pembayaran bagi kompaun yang ditawarkan itu dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (2), pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.

Pembayaran kompaun

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2020